Sunday, October 31, 2010

HCG update: Week 5







Minggu ni berat turun tak banyak...cuma 0.8kg....so bera la ni dalam 65kg.



Jumlah penurunan tak banyak sebab period time dah makin hampir, badan simpan air.




Untuk breakfast dan tea time kita hanya boleh makan sebiji epal sahaja, tak kisah color apa.


Untuk lunch & dinner,biasanya kita masak ayam atau ikan bawal stim + sayur mentah.



Next week kalau berat turun tak berapa banyak, Dr akan inject B12 liquid kat punggung....mintak2 la naik...ngeri nak cucuk2 ni.








Monday, October 25, 2010

Update untuk week 4

Alhamdullilah..berat dah turun sebanyak 3 kg, lemak pulak 2 kg...

so, berat terkini adalah 65.8 kg....

ps: kalau nak gi jalan jauh, jangan lupa bawak bekal epal sekali...kot2 kat tempat kita nak pergi tu takde buat tu ya

Tunggu update berikutnya minggu depan.

Monday, October 11, 2010

Rawatan HCG untuk kurus (week 3)

Dah 3 weeks buat rawatan HCG ni...korang tahu tak HCG tu apa? HCG ni adalah sejenis hormon yang hanya dikeluarkan oleh pempuan yang pregnant shj.

Lelaki memang takde langsung hormon ni....so untuk nak kurus haruslah badan kita memerlukan hormon ni, tu pasal masa early pregnancy, ibu2 mengandung akan mengalami
masalah penurunan berat badan...

So, kat sini daku listkan apa sebenarnya yang dibuat oleh Dr pada setiap minggu.

Week 1
1st day, Dr akan bagi consultation...kita hanya menjadi pendengar yang setia.....Dr jugak akan bagitau exercise apa yang wajib dibuat. Pada masa ni berat daku adalah 68.2kg...ishhh tak le berat mana...ketinggian dalam 156.5m ...isshhh tak le rendah sangat....

Consultation fee adalah tak banyak...cuma....cuma....RM150 je.

Week 2
Ni adalah appointment yang ke-2, punya lah gigih ya...nak gak kurus...nak gak ramping...so usaha perlu diteruskan seiring ngan wang ringgit.

Dr bagi detox nyer ubat masa ni....rupa bentuknya lain kali daku kepilkan gambarnya....1 peket makan 30 minit sebelum lunch, sepeket lagi 30 minit sebelum dinner dan sebelum tidur ada sejenis pil lagi...so kosnya dalam RM86

Week 3
Pagi tadi dengan gigihnya daku merentas Puchong untuk ke klinik ni...Ya ampun jem gile kat tol LDP yang kat sunway tu...dekat2 1/2 jam la...emmm...gomen tolonglah buat sesuatu..

Td buat 1st HCG injection. Sebelum Dr ukur % lemak dulu.....opsss dah turun 1kg, Walaupun berat naik cket (68.8kg)...injection tu kat perut tau...Ya ampun seriau sampai menggigil2 la td...kali ni kosnya adalah....RM1500

Total = 150 + 86 + 1500 = RM1736

Thursday, October 7, 2010

Business?

Camne nak mulakan business ya? Nak start meniaga apa? eeemmmmm

Sunday, October 3, 2010

Program mengurangkan berat badan

Update untuk kurus:

Dengan batuan Klinik T*******, daku telah memulakan project kurus ni


Date Info Payment Weight (kg)
25 Sept 10 --> 1st appointment (Consultations) RM150 68.2
02 Aug 10 --> Ambil darah utk check hormon + ubat detox RM128 68.2